Sunday 14 July 2013

Tamadun Hwang Ho ( Ancient Yellow River )

a) Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho?

1. Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur di utara China dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bohai di timur

2. Bersifat setempat kerana keadaan yang bergunung-ganang dan padang pasir.


   Gambar Lokasi Tamadun Hwang Ho dan Sg. Hwang Ho.

b) Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku?

1. Bermula pada zaman paleolitik ( jumpaan Peking Man )

    Gambar Peking Man

2. Kemudian zaman Neolitik- bertani dan menternak.

3. Seterusnya Dinasti Hsia (Dinasti Pertama yang belum dipastikan).

4. Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.

c) Proses pembentukan tamadun Hwang Ho.

1. Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini.

2. Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal pendudukan Hwang Ho.

3. Mereka bertani, menternak dan berburu.

4. Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.

5. Ketika Dinasti Shang - berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.

6. Ketika Dinasti Chao - meluas ke selatan Sg. Yangtze.

d) Ciri-ciri tamadun Hwang Ho

1. Negara Kota :

- Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan.

- Di sini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.

- Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di bandar ini.

- Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan disekelilingi perkampungan petani.

2. Organisasi sosial :

- Lapisan atas - raja (teraju) dan pembesar.

- Lapisan bawah - petani ( luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan).

- Lapisan paling bawah - hamba.

3. Pengkhususan pekerjaan :

- Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki.

- Petani memenuhi keperluan golongan atasan.

- Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan ), senjata dan tembikar.

- Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan.

4. Sistem pemerintahan Dinasti Shang: 

- Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.

- Raja berkuasa di pusat pentadbiran.

- Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.

- Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

- Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang-undang. Sistem ini diasimilasikan Dinasti Chao.

5. Sistem pemerintahan Dinasti Chao:

- Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah. 

- Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.

- Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

- Mereka juga dilindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.

- Pembesar ini juga menjadi ketua agama.

6. Keagamaan:

- Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.

- Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.

- Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.

- Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.

   Gambar Tulang Oracle

- Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya.

7. Sistem Tulisan: 

- Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram ( tulisan simbol ) 

- Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.



    Gambar Tulisan Tamadun Hwang Ho

e) Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho?

1. Pemerintahan Monarki: 

- Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching.

- Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja. 

- Maharaja dikiatkan dengan anak syurga dan mandat syurga.

2. Kemajuan pertanian :

- Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti.

    Gambar Shih Huang Ti

   Gambar Terusan yang dibina oleh Shih Huang Ti.

- Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta.

- Petani telah mula menggunakan batas tanaman.

- Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi.

3. Kemajuan tulisan: 

- Tulisan meluas dalam bidang penulisan dan pencetakan.

- Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun.

4. Kepercayaan: 

- Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan.

- Konsep Yin Yang ( kuasa pasif dan aktif ) serta Feng Shui ( keharmonian manusia dan alam sekitar ) juga masih diamalkan hingga kini.

     Gambar Yin dan Yang

     Gambar Papan Feng Shui 

5. Sistem kalendar:

- Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.

- Raja menentukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar.

- Kalendar penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian.

6. Falsafah perang Sun Tzu:

 Gambar Patung Sun Tzu

    Gambar Karya The Art of War

- Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh.

- Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

No comments:

Post a Comment